Kehadiran Pegawai PPD Tawau, En. Darmanshah Hj Asakil dalam merasmikan majlis penutupan membuktikan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada PPD Tawau dalam era pembelajaran yang menggunakan ICT seklaigus dapat merapatkan jurang digital di antara pelajar bandar dan luar bandar. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil penertaan dan hadiah kepada peserta terbaik sekolah menengah dan rendah yang dimenangi oleh SM Teknik dan SK Kinabutan melalui filem KASUT. Diharapkan bengkel-bengkel lain berkaitan pembuatan filem juga dianjurkan seperti teknik merakam video dan juga teknik mencipta lagu tema untuk filem. Terima kasih.
Bersempena dengan penganjuran Bengkel Digital Story Telling Peringkat Daerah Tawau Fasa Dua tahun 2010, sulfatspace dengan kerjasama SMK Merotai Besar Tawau mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk BULI. Laman Blog rasmi filem ini dilancarkan bertujuan untuk dijadikan sebagai e-jurnal perjalanan dan pembikinan filem ini. Sekiranya anda berminat untuk menonton filem ini, anda boleh menghubungi kami di bulidst@smkmerotaibesar.com.
No comments:
Post a Comment