Bengkel yang diadakan di PKG Tawau ini dihadiri oleh 11 buah sekolah sebagai peserta dan 4 buah sekolah selaku fasilitator. Setiap sekolah peserta menghantar 3 orang pelajar dan seorang guru. Bengkel yang berlangsung bermula 23 Mac ini akan berakhir pada 26 Mac. Yang menarik tentang bengkel ini ialah penggunan perisian Ulead Video10 yang memberikan dimensi lebih luas dalam proses mengedit video dengan adanya pelbagai kesan khas sampingan. Kami menggunakan peluang mempelajari perisian ini dan mengolah filem BULI terutama pada babak awal cerita. Antara pengisian bengkel adalah penghasilan kesan khas video, kesan khas bunyi, pembinaan skrip dan juga pembentangan filem pendek daripada setiap sekolah peserta.
Bersempena dengan penganjuran Bengkel Digital Story Telling Peringkat Daerah Tawau Fasa Dua tahun 2010, sulfatspace dengan kerjasama SMK Merotai Besar Tawau mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk BULI. Laman Blog rasmi filem ini dilancarkan bertujuan untuk dijadikan sebagai e-jurnal perjalanan dan pembikinan filem ini. Sekiranya anda berminat untuk menonton filem ini, anda boleh menghubungi kami di bulidst@smkmerotaibesar.com.
No comments:
Post a Comment