27 March 2010

PENUTUPAN BENGKEL DST 2010

Kehadiran Pegawai PPD Tawau, En. Darmanshah Hj Asakil dalam merasmikan majlis penutupan membuktikan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada PPD Tawau dalam era pembelajaran yang menggunakan ICT seklaigus dapat merapatkan jurang digital di antara pelajar bandar dan luar bandar.
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil penertaan dan hadiah kepada peserta terbaik sekolah menengah dan rendah yang dimenangi oleh SM Teknik dan SK Kinabutan melalui filem KASUT.
Diharapkan bengkel-bengkel lain berkaitan pembuatan filem juga dianjurkan seperti teknik merakam video dan juga teknik mencipta lagu tema untuk filem. Terima kasih.

TAYANGAN PERDANA

Sesi pembentangan yang dimulakan sejam lewat dari jadual dapat juga dilangsungkan walaupun kelihatan para juri sibuk membuat borang penghakiman. Walau bagaimanapun, sesi pembentangan hanya disertai oleh 9 daripada 11 peserta bengkel.
BULI menjadi filem pertama yang ditayangkan selepas 3 orang peserta DST Crew dari sulfatspace ini selesai membentangkan sedikit sebanyak tentang pembikinan filem ini termasuklah penayangan trailer rasmi BULI.
Walaupun tidak dapat markah yang tertinggi, kami di sulfatspace tetap puas kerana hasil yang dibuat selama ini dapat dipertotonkan dan mendapat respon yang menggalakkan oleh mereka yang berada di bilik berkenaan. Tahniah kepada SM Teknik dan SK Kinabutan kerana menjadi peserta terbaik bagi kategori sekolah menengah dan sekolah rendah.

24 March 2010

PERKEMBANGAN 2

SMS yang diterima daripada pengarah tentang perkembangan projek BULI:
"ALMOST DONE!95% SIAP. TINGGAL EDIT VIDEO UTK VERSI CENSORED & RENDER KPD FORMAT MPEG LAGI. READY TO FLY.ROGER N OUT."

TEMUBUAL DENGAN PENGARAH


Q: Kenapa pilih BULI sebagai tema filem?
A: 2 SEBAB UTAMA, YANG PERTAMANYA PERSOALAN YANG TIMBUL DARI POSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MELAYSIA IAITU POSTER HENTIKAN BULI. SEJAK MELIHAT POSTER TERSEBUT, ADA DUA SOALAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN IAITU APA YANG BERLAKU SELEPAS AKSI TIGA PELAJAR MENGEPUNG MANGSA? DAN APAKAH PENYEBAB MANGSA TU DIBULI? 2 PERSOALAN TU CUBA SAYA JAWAB MELALUI PENGHASILAN FILEM INI.
SEBAB YANG KEDUA IALAH ISU. SELEPAS MENONTON PESERTA FFPNS TAHUN LEPAS, KEBANYAKANNYA MEMAPARKAN CEREKA DENGAN PENGGUNAAN IMAGINASI DAN EFFECT YANG BANYAK. ISU SEMASA YANG BERLAKU DALAM SENARIO PENDIDIKAN NEGARA SANGAT SEDIKIT DIKETENGAHKAN DAN INI MENDORONG SAYA UNTUK MEMBUAT SEBUAH CERITA YANG BIASA KITA DENGAR DAN PENDEKATAN SIMPLE DALAM PENGHASILAN FILEM PENDEK.

Q: Ada buat rujukan atau kajian sebelum BULI terhasil?
A: RUJUKAN DIBUAT DIBAHAGIKAN KEPADA 2 IAITU RUJUKAN LAPORAN BERITA BERKAITAN BULI, WIKIPEDIA BULI BESERTA IMEJ BULI DAN JUGA RUJUKAN PADA FILEM PENDEK YANG SEDIA ADA TERUTAMANYA DARIPADA HIMPUNAN FILEM PENDEK TERBITAN PETE TEO IAITU 15MALAYSIA.
SELEPAS RUJUKAN DAN KAJIAN DILAKUKAN, SAYA BERSAMA DENGAN PANEL SKRIP sulfatspace MENGOLAH JALAN CERITA DAN SKRIP UNTUK BULI. TETAPI BUKAN SEMUA YANG KAMI RENCANAKAN DIIKUT KERANA ADA SESETNGAH BABAK YANG DILAKONKAN SECARA SPONTAN TANPA MENGIKUT STORYBOARD YANG DIRANCANG. KESPONTANAN INILAH YANG MENJADIKAN JALAN CERITA BULI UNIK DENGAN ADANYA 4 BABAK IMBASAN SEMULA DIGARAP DENGAN MASA SEKARANG.

Q: Bagaimana dengan pemilihan pelakon?
A: PELAKON SERAMAI 5 ORANG ITU DIPILIH TANPA SEBARANG AUDITION KERANA MEREKA PERNAH SAYA LIHAT MENJAYAKAN DRAMA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DI PERINGKAT SEKOLAH SEBELUM INI. SAYA HANYA PANGGIL KELIMA-LIMANYA DAN MENCERITAKAN PROJEK FILEM INI DAN KELIMA-LIMANYA TERUS SETUJU UNTUK TURUT SERTA.

Q: Dimanakah lokasi penggambaran BULI dilakukan?
A: DI RUMAH, SMK MEROTAI BESAR, HOSPITAL TAWAU DAN KOMPLEKS SUKAN TAWAU.

Q: Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan BULI secara keseluruhannya?
A: SATU MINGGU UNTUK BUAT RUJUKAN DAN JALAN CERITA, SATU HARI SUNTUK UNTUK PENGGAMBARAN DAN SATU MINGGU UNTUK KERJA-KERJA EDIT VIDEO.

Q: Menarik! hanya satu hari diperlukan untuk penggambaran, boleh terangkan sikit?
A: PENGGAMBARAN DILAKUKAN SEMASA CUTI SEKOLAH SEMINGGU MAC LEPAS, SEHARI SEBELUM PENGGAMBARAN SAYA DAN PELAKON SUDAH BERKUMPUL DAN MEMBUAT SESI BRAINSTORM BERKENAAN APA YANG PERLU DILAKUKAN HARI ESOK IAITU HARI PENGGAMBARAN. KALAU BUKAN KERANA BEBERAPA MASALAH TEKNIKAL, SEPATUTNYA MASA PENGGAMBARAN HANYALAH SETENGAH HARI SAHAJA.

Q: Masalah? Apa masalah yang dihadapi?
A: PENGGAMBARAN SEBENARNYA TERPAKSA DILAKUKAN DUA KALI KERANA SELESAI SAHAJA SESI PENGGAMBARAN PERTAMA, SEMUA VIDEO YANG DIRAKAM YANG TERSIMPAN DALAM MEMORY STICK DIGITAL KAMERA KAMI HILANG DEK KERANA VIRUS YANG MENJANGKITI. MUJUR SEMANGAT PELAKON-PELAKON SANGAT TINGGI DAN SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK SHOOT JUGA PADA HARI YANG SAMA BAGI MENGHABISKAN SESI PENGGAMBARAN. ALHAMDULILLAH, PROSES PENGGAMABRAN KALI KEDUA LEBIH LANCAR KERANA PELAKON SUDAH HAFAL DAN TAHU APA YANG PERLU MEREKA LAKUKAN DALAM SATU SATU BABAK YANG DIRAKAMKAN.

Q: Apa harapan anda dengan penghasilan filem ini?
A: SAYA BERHARAP AGAR FILEM INI DAPAT DITERIMA OLEH SEMUA. JADIKAN JALAN CERITA DALAM FILEM INI SEBAGAI PERINGATAN DAN PENGAJARAN TERUTAMA KEPADA PELAJAR, AHLI KELUARGA DAN MASYARAKAT SEKELILING AGAR DAPAT MEMBERI KASIH SAYANG, PRIHATIN TERHADAP MASALAH YANG DIHADAPI OLEH ANAK MUDA. PELAJAR JUGA SEHARUSNYA JANGAN TERPENGARUH DENGAN RAKAN YANG MEMBAWA KEPADA KANCAH JENAYAH DAN KETEPIKAN SIKAP EGO SEBAGAI PELAJAR SENIOR DI SEKOLAH BAGI MENGHINDARI BULI.

23 March 2010

BENGKEL DST TAWAU FASA 2

Bengkel yang diadakan di PKG Tawau ini dihadiri oleh 11 buah sekolah sebagai peserta dan 4 buah sekolah selaku fasilitator. Setiap sekolah peserta menghantar 3 orang pelajar dan seorang guru. Bengkel yang berlangsung bermula 23 Mac ini akan berakhir pada 26 Mac.
Yang menarik tentang bengkel ini ialah penggunan perisian Ulead Video10 yang memberikan dimensi lebih luas dalam proses mengedit video dengan adanya pelbagai kesan khas sampingan. Kami menggunakan peluang mempelajari perisian ini dan mengolah filem BULI terutama pada babak awal cerita.
Antara pengisian bengkel adalah penghasilan kesan khas video, kesan khas bunyi, pembinaan skrip dan juga pembentangan filem pendek daripada setiap sekolah peserta.

21 March 2010

20 March 2010

RUNUT BUNYI



TAJUK: SAY NO TO BULLY(0:49)
CIPT.: sulfat
HAK CIPTA:sulfatspace > http://myspace.com/sulfatspace

POSTER

POSTER CADANGAN Simple, guna imej potong dari video untuk kesan langsung selain penggunaan perisisan Photoshop CS3.

PERKEMBANGAN 1

RUNUT BUNYI(SOUNDTRACK) Salah satu syarat utama pertandingan ialah menggunakan lagu asal yang ori dan sekiranya menggunakan karya orang lain, maka kebenaran bertulis perlu diperolehi. Oleh itu, kami di sulfatspace menggunakan perisian FL Studio5 sebagai platform menghasilkan lagu runut untuk BULI. "Bunyi sedikit gothic dan seram..."Respon daripada Pn Suryati yang terlibat sebagai AJK Penginapan dan lokasi penggambaran kami. Walaupun perisian ini tidak dikemaskini, SUlfat selaku pengarah bunyi-bunyian terpaksa membuat kerja secara terus kerana tidak dapat save task disebabkan lesen yang sudah expired. Mujur ianya dapat save tersus ke dalam format mp3. Maka terciptalah Say No To Bully, Bully, Bullied dan Buli.
EDIT VIDEO Perisian Movie Maker yang tersedia dalam Windows merupakan perisian pilihan memandangkan ianya bersifat user friendly dan juruadun dan sunting mudah untuk menyambung dan memotong babbak-babak dalam BULI. Malah utama yang ditemui ialah RAM yang terlalu kecil sehingga melambatkan proses edit ini berjalan. Walaubagaimanapun, Trailer BULI ini dapat disiapkan lebih awal kerana pengunaan masa kurang dari satu minit.

PELAKON

DARI KIRI KE KANAN: Saddam Chunding(Zahir), Tahir Husman(MangsaBuli), Agustinus Fitorianus(Pembuli2, Pembaca Berita), Saifulshah Junaidi(Ayah) dan Azlan Rusli(Pembuli3, Polis).

18 March 2010

SINOPSIS


Janji Allah kepada mereka yang sangat suka melakukan kezaliman adalah pembalasan yang sangat pedih sebagaimana firman Allah yang bermaksud; "Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih."
SINOPSIS Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Tawau, Zahir, adalah seorang pelajar bijak dan akan menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini. Dia yang datang dari keluarga yang berada sebenarnya berhadapan dengan masalah dalaman keluarga iaitu tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada kedua-ibu bapanya. Adakalanya dia dikasari oleh ibu bapanya sendiri selain sering tidak diendah dan dibiarkan membuat keputusan sendiri tanpa bimbingan daripada orang tua. Konflik dalam keluarga dan egoisme pelajar senior ini membawa Zahir ke kancah BULI.