Tiket untuk tayangan perdana@ SMKMBSR habis dalam masa sejam setengah sejak kaunter tiket dibuka pukul 8:30 pagi hari ini. Atas permintaan yang sangat menggalakkan, siri tayangan perdana ini akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Sulfatspace dengan bangganya akan membawakan B U L I kepada pelajar SMKMB pada 07.04.2010. Tiket percuma adalah terhad kepada 40 orang sahaja dan tiket boleh mula didapatkan daripada Cik Maryana dan Cik Nur Arina di Makmal Komputer Sekolah sehari sebelum tarikh tayangan. Oleh itu, kepada yang berminat, sila dapatkan tiket lebih awal sebelum kehabisan. MASA:10:00 AM(Masa Rehat) TARIKH: 07.04.2010(Rabu) TEMPAT: Makmal Komputer Sekolah B (MKSB) TIKET: PERCUMA KAPASITI: 40 ORANG PENONTON SAHAJA
Bersempena dengan penganjuran Bengkel Digital Story Telling Peringkat Daerah Tawau Fasa Dua tahun 2010, sulfatspace dengan kerjasama SMK Merotai Besar Tawau mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk BULI. Laman Blog rasmi filem ini dilancarkan bertujuan untuk dijadikan sebagai e-jurnal perjalanan dan pembikinan filem ini. Sekiranya anda berminat untuk menonton filem ini, anda boleh menghubungi kami di bulidst@smkmerotaibesar.com.